Circulars and Notices 2007 Circulars and Notices 2005
 
  • Circular and Notice 2007/1
  • Circular and Notice 2005/1
  •  
  • Circular and Notice 2007/2
  • Circular and Notice 2005/2
  •  
  • Circular and Notice 2007/3
  • Circular and Notice 2005/3
  •  
  • Circular and Notice 2007/4
  •  
    Circular and Notice 2005/3
     

    JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
    MALAYSIA

    PEKELILING PENCEGAH BILANGAN 4/2005
     
    PENENTUAN KEPERLUAN KELENGKAPAN MENENTANG KEBAKARAN BAGI BANGUNAN SERVIS APARTMENT
     

    1. Tujuan

     
    1.1 Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah bagi mendapatkan keseragaman dalam menentukan keperluan kelengkapan menentang kebakaran bagi bangunan servis apartment mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
     

    2. Tafsiran

     
    2.1 Dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Undang-undang Kecil 2, Takrifan, telah mentakrifkan hotel seperti berikut;
     
    Sesuatu bangunan yang direkabentuk dan dibina khas atau sebahagian besarnya dipadan untuk digunakan bagi menempatkan orang-orang bagi maksud mendapatkan laba atau untung, dengan atau tanpa perkiraan untuk menyediakan makanan untuk semua, dan termasuklah rumah tumpangan, rumah penginapan atau rumah tetamu.
     

    3. Latarbelakang

     
    3.1 Servis apartment merupakan bangunan yang dibina berbentuk sepertimana rumah pangsa, iaitu unit rumah yang mempunyai, ruang rehat, ruang makan, bilik air dan satu atau lebih bilik tidur.
     
    3.2 Konsep asas pembinaan servis apartment adalah untuk disewakan atas kadar harian,
    berdasarkan setiap hari atau beberapa hari kepada pencuti-pencuti untuk tujuan berehat dan lain-lain bagi mendapatkan keuntungan.
     
    3.3 Servis apartment ini diuruskan sebagai hotel oleh satu pengurusan.
     
    3.4 Berdasarkan kepada penggunaan dan tujuan pembinaanya itu maka servis apartment ini di kategori sebagai hotel. Ini bertepatan dengan takrifan untuk hotel sepertimana dinyatakan di para 2.1 pekeliling ini.
     
    3.5 Merujuk kepada takrifan hotel di para 2.1 pekeliling ini, ianya mentakrifkan hotel sebagai
    bangunan yang dibina bagi menempatkan orang bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan sahaja tanpa menyatakan perlu mengadakan kemudahan-kemudahan seperti banquet hall, restoran dan sebagainya serta tidak menentukan rekabentuk yang perlu dipatuhi.
     

    4. Kategori Servis Apartment

     
    Walau bagaimana pun pada masa kini, servis apartment telah digunakan dalam beberapa kategori seperti berikut:
     
    4.1 Kategori 1 - Bangunan yang sepenuhnya diguna untuk menempatkan orang bagi
    mendapatkan keuntungan atau laba.
     
    4.2 Kategori 2 - Sebahagian daripada unit-unit telah dijadikan unit untuk menempatkan orang bagi mendapatkan keuntungan sepertimana kategori 1 dan sebahagian lagi telah dijadikan sebagai rumah kediaman dan dijual kepada individu seperti di kategori 3.
     
    4.3 Kategori 3 - Dijadikan sebagai rumah kediaman keluarga - iaitu dijual kepada individu sebagai milik persendirian untuk dijadikan rumah kediaman, tetapi tanah di mana bangunan tersebut dibina atas syarat komersial dan tidak ditukar syarat kepada tanah kediaman.
     

    5. Pemasalahan

     
    5.1 Wujudnya permasalahan untuk menkategorikan servis apartment ini dalam kumpulan maksud mengikut sepertimana yang dinyatakan di dalam Jadual keLima, Ketetapan Maksud,
    Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
     
    5.2 Menjadikan satu kekeliruan untuk menentukan kelengkapan menentang kebakaran, sistem pemadaman api, sistem penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan sepertimana dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
     

    6. Penentuan Kelengkapan Menentang Kebakaran

     
    6.1 Kategori 1
    Disebabkan keseluruhan bangunan yang dibina adalah bertujuan untuk menempatkan orang bagi maksud mendapatkan keuntungan maka ianya perlu mematuhi sepenuhinya keperluan untuk hotel seperti mana berikut;
     
    Mematuhi semua keperluan kelengkapan menentang kebakaran sepertimana di dalam Bahagian VII dan BVIII, Undang-undang Kecil Bangunan Seragan (UBBL)
     
    6.1.2 Penentuan sistem pemadaman api, sistem penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan sepertimana untuk hotel di Jadual Kesepuluh, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
     
    6.2 Kategori 2
    Servis apartment yang dibina dengan sebahagian besar dari penggunaan unit-unitnya
    bertujuan menempatkan orang bagi mendapatkan keuntungan iaitu melebihi:
     
    6.2.1 50% bilangannya daripada jumlah unit keseluruhan, ATAU
    6.2.2 50% dari keluasan lantai keseluruhan, ATAU
    6.2.3 Mana-mana yang lebih tinggi.
     
    Keperluan sistem pemadaman api, sistem penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan hendaklah mengikut keperluan hotel sepertimana di Jadual Kesepuluh
    Undang-undang Kecil Bangunaa Seragam 1984 serta semua keperluan kelengkapan menentang kebakaran di Bahagian VII dan VIII.
     
    Bagi servis apartment yang jumlah unitnya akan menempatkan orang bagi tujuan mendapatkana keuntungan kurang daripada 50% sepertimana dinyatakan di para 6.2.1 atau 6.2.2 atau 6.2.3, keperluan sistem pemadaman api, sistem penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan hendaklah mengikut keperluan rumah pangsa sepertimana di Jadual Kesepuluh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 serta semua keperluan kelengkapan menentang kebakaran di Bahagian VII dan VIII.
     
    6.3 Kategori 3
    Disebabkan pembinaan servis apartment adalah bertujuan untuk dijual kepada individu bagi maksud rumah kediaman keluarga, maka Jabatan Bomba Dan Peyelamat Malaysia boleh mempertimbangkan keperluan kelengkapan menentang kebakaran dan pencahayaan kecemasan mengikut keperluan sepertimana untuk rumah pangsa dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
     
    Dalam hal ini pihak pemaju mestilah mengemukakan dokument sokongan bagi mengesahkan bangunan yang dibina tersebut untuk dijual kepada individu dan akan dijadikan sebagai rumah kediaman untuk keluarga.
     
    Dokumen sokongan yang mesti dikemukakan adalah seperti berikut;
     
    6.3.1 Surat sumpah yang disah dan ditanda tangani oleh Pesuruhjaya Sumpah. Surat sumpah tersebut hendaklah menyata dan mengesahkan setiap unit-unit servis apartment yang dibina adalah dijual kepada individu yang akan digunakan sebagai rumah kediaman dan unit-unit tersebut tidak akan disewakan atas kadar harian, berdasarkan setiap hari atau beberapa hari kepada pencuti-pencuti untuk tujuan berehat sepertimana hotel. DAN
     
    6.3.2 Surat dari Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Tanah yang memberi kebenaran membina rumah kediaman di atas lot tanah komersial tanpa perlu menukar syarat tanah tersebut dari tanah kediaman. ATAU
     
    6.3.3 Surat pengesahan atau sebarang dokumen yang menunjukan atau mengesahkan setiap unit rumah akan diberi 'strata title' secara individu seperti surat perjanjian jual beli yang ada menyatakan perkara tersebut dan surat perjanjian itu telah ditanda tangani oleh pemaju dan pembeli serta disahkan. Juga perlu mengemukan salinan 'development order' yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
     

    7. Tarikh Kuatkuasa

     
    7.1 Pekeliling Pencegah Bilangan 4 Tahun 2005 : Penentuan Keperluan Kelengkapan Menentang Kebakaran Bagi Bangunan servis apartment ini mulai berkuatkuasa dari tarikh pekeliling ini ditandatangani oleh YAS Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
     
    8. Pemakaian
     
    8.1 Pemakaian Surat Pekeliling Pencegah ini dipanjangkan kepada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), Institute Jurutera Malaysia (IEM) dan Pertubuhan Jurutera Konsultan Malaysia (ACEM).
     
    9. Penutup
     
    9.1 YAS Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia berhak untuk meminda pekeliling ini dari masa ke semasa. Adalah diharap dengan adanya pekeliling ini akan dapat meyeragamkan penentuan kelengkapan menentang kebakaran bagi servis department di seluruh negara.
     

    Sekain, terima kasih.

     
    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
     
    Saya yang menurut perintah,
    (DATO' HAMZAH BIN ABU BAKAR)
    Ketua Pengarah,
    Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
     

    Tarikh: 07 Nov 2005

     
    Kepada,
    1. YAS Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
    2. YAS Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
    3. YAS Penolong-Penolong Ketua Pengarah Bahagian
    4. Semua Pengarah-Pengarah Bahagian
    5. Semua YS Pengarah-Pengarah JBPM Negeri
    6. YS Pegawai Memerintah Unit Udara JBPM
    7. YS Komandan Akademik Bomba Malaysia
    > Top
       
     
    Copyright © 2009. The Institution of Fire Engineers (UK) Malaysia Branch. All Rights Reserved.
    Maintained by Malaysia SEO Company