Circulars and Notices 2007/1
   
                 
     
         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
  Circulars and Notices 2005
 
 
Circulars and Notices 2007

1) Circular and Notice 2007/1

2) Circular and Notice 2007/2

3) Circular and Notice 2007/3

4) Circular and Notice 2007/4

Circular and Notice 2007/1

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA
_________________________________________________________________
ARAHAN PENCEGAH DAN KESELAMATAN KEBAKARAN      
BIL  1 /2007

___________________________________________________________________________

Pengemukaan Lampiran C1, C2 dan C3 Untuk Kelengkapan Menentang Kebakaran (KMK) Atau Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) Yang Telah Mendapat Perakuan Bahan

1.         Latarbelakang

1.1       Pada masa ini terdapat 6 jenis KMK atau PKK sahaja yang perlu mengemukakan lampiran C1, C2 dan C3 semasa permohonan pemeriksaan dibuat bagi tujuan mendapat surat sokongan menduduki bangunan ( certificate of fitness ) . Senarai KMK atau PKK tersebut sepertimana pada borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan ialah ;

1.1.1   Lampu tanda KELUAR
1.1.2   Lampu Kecemasan
1.1.3   Pintu Api
1.1.4   Fire damper
1.1.5   Fire roller shutte
1.1.6  Cement Sand brick.

1.2       Manakala Jabatan ini melalui Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan telah memberi Perakuan Bahan bukan sahaja kepada 6 peralatan di atas tetapi tidak meliputi pelbagai KMK atau PKK yang lain seperti firestop, drywall construction, pengesan asap, fire alarm panel dan lain-lain lagi.

2.         Tujuan

            Arahan  ini bertujuan untuk :

2.1       Mempastikan semua KMK atau PKK yang diberi Perakuan Bahan perlu melalui proses yang sama seperti  peralatan di para 1.1 di atas apabila di pasang pada sesuatu premis,

 

2.2       Mempastikan kesahihan mutu dan ketulenan KMK atau PKK sentiasa terjamin dengan adanya pengesahan pembekal, pemasangan dan  juga pengawasan pemasangan oleh pihak professional,

2.3       Mempastikan hanya KMK atau PKK yang telah mendapat Perakuan Bahan sahaja  dibenarkan penggunaannya di premis-premis.

2.4       Menggalakkan pembekal dan pengeluar  KMK atau PKK berusaha mendapatkan Perakuan Bahan.

3.         Kelengkapan Menentang Kebakaran (KMK) atau Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK)

Merujuk sekyen 2, Akta Pekhidmatan Bomba 1988 ,

‘kelengkapan menenetang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran’  ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi –

(a) memadam, menentang, mencegah, atau menghadkan kebakaran;

(b) memberi amaran tentang sesuatu kebakaran;

(c) mengadakan laluan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau ke mana-mana bahagiannya untuk tujuan memadam, menentang, mencegah, atau menghadkan kebakaran;

(d) mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa;

(e) mengadakan lampu kecemasan untuk tujuan melepaskan diri dari bangunan;

(f) menunjukkan arah ke suatu laluan kecemasan atau tempat berlindung; atau

(g) mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat untuk tujuan pengungsian atau pengeluaran penghuni-penghuni sekiranya berlaku kebakaran;

4.         Lampiran C1, C2 dan C3

4.1     Lampiran C1 : Sijil Pengilang Membekal/Memasang – iaitu pengesahan pengeluaran atau pembekalan  oleh  pihak pengilang ke atas KMK atau PKK yang telah mendapat perakuan bahan bagi sesuatu projek.

4.2       Lampiran C2 :           Sijil Pembekal – iaitu pengesahan pembekalan ke atas KMK atau PKK bagi sesuatu projek.

4.3       Lampiran C3 : Sijil Pengawasan iaitu  pengesahan pengawasan pemasangan oleh pihak professional iaitu arkitek atau jurutera bagi mengesahkan pemasangannya  menurut spesifikasi dan syarat-syarat perakuan bahan.

5.         Senarai KMK dan PKK Yang Ditetapkan

5.1       Senarai KMK atau PKK yang perlu mengemukakan Lampiran C1, C2 dan C3 adalah seperti pada lampiran A

5.2      Senarai ini boleh ditambah atau dikurang dari masa  ke semasa mengikut keperluan dan peraturan jabatan.

6.         Pemakaian Arahan  ini

6.1      Arahan Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran  Bil 1/2007 ini adalah terpakai bagi tujuan mendapatkan Surat Sokongan Kelayakan Menduduki Bangunan.

6.2      Pihak-pihak berkenaan perlu mengemukakan lampiran C1, C2 dan C3 bagi setiap KMK atau PKK seperti yang ditetapkan semasa membuat permohonan pemeriksaan bagi tujuan mendapatkan Surat Sokongan Sijil Menduduki Bangunan (CFO).

6.3      Senarai KMK dan PKK yang perlu dikemukakan Lampiran C1, C2 dan C3 adalah sepertimana Borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan.

7.         Borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan

Borang senarai semak permohonan pemeriksaan telah dikemaskini menurut arahan pencegah ini. Borangnya seperti pada Lampiran B

8.         Tarikh Kuatkuasa

Arahan Pencegah dan Keselamatan Kebakaran Bilangan 1 Tahun 2007  berkuatkuasa serta merta dari tarikh ianya ditandatangani oleh Ketua Pengarah JBPM.

9.         Penutup

9.1       Adalah diharapkan arahan ini dapat meningkatkan keberkesanan pelindungan  kebakaran  di premis-premis yang mempunyai Surat Sokongan Sijil Kelayakan  Menduduki Bangunan (CFO)

9.2       Ketua Pengarah JPBM berhak untuk meminda arahan ini dari masa ke semasa mengikut keperluannya.

Please click here to download our all "Lampiran" files.

Back to top

 
The Institution of Fire Engineers (UK) Malaysia Branch © All Right Reserved